Sunday, February 8, 2015

Jenis Emas Dan Kandungannya

Emas 999 •

  • Mempunyai kandungan 99.9% emas•
  • Tidak di campur dengan bahan-bahan lain (Pure emas)•
  • Di kenali juga sebagai Emas 10 & Emas 24 Karat (24K)• Kebanyakkan berbentuk ‘gold bar’


Emas 950•

  • Mempunyai kandungan 95.0% emas.•
  • Mempunyai 5.0% campuran kandungan lain seperti besi, aluminium dan sebagainya•
  • Di kenali juga sebagai Emas 23 Karat (23K)


Emas 916•

  • Mempunyai kandungan 91.6% emas.•
  • Mempunyai 8.4% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya•
  • Di kenali juga sebagai Emas 22 Karat (22K)•
  • Amat terkenal dan popular di kalangan peminat emas diseluruh Malaysia.


Emas 835•

  • Mempunyai kandungan 83.5% emas.•
  • Mempunyai 16.5% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya.•
  • Di kenali juga sebagai Emas 20 Karat (20K)•
  • Amat terkenal dan popular di kalangan peminat emas di Kelantan.


Emas 750•

  • Mempunyai kandungan 75% emas.•
  • Mempunyai 25% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya•
  • Di kenali juga sebagai Paun atau Emas 18 Karat (18K)• 👉Kurang polular dikalangan pembeli emas kerana mutunya,



INFO TENTANG EMAS - dari sifu Zamry

Semua pengilang emas dtg dari penang...
Tak kira kat Terengganu ke, Kelantan ke, Pahang ke...semua dtg dr Penang...
Yang bezanya...mutu emas ...bile sampai ke Kelantan...tokey emas , emaskan bg merah lagi..
Begitu juga Terengganu....
ade setengah tu pucat sket....mutu kurang sket..
Cume kita aje ckp...lawa la emas  Kelantan, cantiklah emas  Terengganu...
Pasal dah biasa dgn keadaan mcm tu...sebenarnya sama je....
Yang penting...emas cukup mutu...916 @ 999..dan juga mutu emas lain2..

Penipuan Sistem Bretton Woods

Sistem Bretton Woods adalah sistem urustadbir matawang antarabangsa yang menetapkan peraturan-peraturan hal ehwal kewangan dan komersil di antara negara-negara industri utama dunia pada pertengahan abad ke-20. Dengan sistem ini setiap negara perlu mempunyai dasar monetari bagi sistem pertukaran nilai mata wang yang ditetapkan yang ditambat dengan nilai emas. Sistem ini adalah contoh pertama rundingan aturan dan seliaan matawang yang bertujuan untuk mentadbir hal-ehwal kewangan di antara negara-negara merdeka. Di bawah Sistem Bretton Woods, setiap negara hendaklah mewujudkan dasar kewangan yang mengekalkan kadar pertukaran mata wang dalam nilai yang tetap-dengan kelonggaran unjuran tidak melebihi 1 peratus negatif (-1%) atau positif (+1%)- yang ditambat dengan nilai emas dan kemampuan IMF sebagai penyelesaian sementara ketidakseimbangan bayaran. Dalam menghadapi peningkatan kekangan kewangan, sistem ini runtuh pada tahun 1971, selepas Amerika Syarikat secara bersendirian menamatkan kebolehtukaran dolar kepada emas. Tindakan Amerika ini mewujudkan keadaan di mana dolar Amerika Syarikat menjadi satu-satunya mata wang jaminan dan mata wang sandaran untuk negara-negara ahli. IMF dan Bank Dunia hari ini adalah warisan sistem Bretton Woods yang roboh pada era 1970an.

Sumber : Wikipedia

Apa itu Dinar dan Dirham (DnD)?

Dinar emas merupakan mata wang berasaskan emas yang dicadangkan digunakan di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam. Istilah ini dipilih kerana berteraskan mata wang Islam yang pernah digunakan di negara Madinah al-Munawwarah pada zaman Nabi Muhammad lagi, iaitu dinar. Dinar emas telah diperluaskan lagi pada zaman Khulafa Al Rasyidin yang tersebar dari Afrika Utara, Andalusia hinggalah ke Bukhara, Delhi dan Asia Tenggara kemudiannya. Dr Mahathir bin Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia telah melihat kebaikan dinar emas untuk digunakan sebagai wang seragam dan sama nilai sejak 2003 lagi. Tetapi pada ketika gagasan ini agak baru, di pandang remeh dan dilihat sebagai saingan dan meniru euro dolar di Eropah. Dinar emas disasarkan kepada negara-negara Islam yang menyertai OIC. Dinar emas diharap menjadi mekanisme pasaran global yang dapat mengatasi masalah penyangak mata wang yang berleluasa di setiap pasaran saham. Negara-negara Islam yang banyak mengeksport petroleum diharap dapat menjayakan wawasan murni yang pernah digunakan oleh Rasulullah.

Sumber : Wikipedia